cik Iffa Bercerita

cik Iffa Bercerita =,=

Thursday, 21 March 2013

RESULT . LEGANYA HEHEHE !

Assalamualaikum . .

ase-ase lame x update kan ? hehe . biar la nak kate busy pon x,tapi gitu la . hehe . fuhhhhhhh . ifa rase legaaaaaaaaaaaaaaa sesangat sangat . Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah . bersyukur sangat2 dkt Allah yg memakbulkan doa ifa slme ni . terima kasih kat cikgu2 dan ibu and abah and kawan2 jugak ! sumpah ifa pon x percaya and rase mcm mimpi je smlm ! walaupon xdpt straight A tapi ifa dh bersyukur dgn result ifa . ifa pon target 5A je and alhamdulillah target ifa kali ni mengena . hehe . result mse UPSR and PMR ifa pon xsbrpe . tapi kali ni ifa nk tgk sgt ibu and abah tersenyum dengan result ifa , and ifa dah brjaya buat mereka happy ! ini hadiah angah untuk ibu and abah . bg ifa bkn senang tuk ifa dpt 5A , last year terlalu byk tekanan dan dugaan yg ifa dpt . ifa pon ase give up dgn bljar , tp makin dugaan yg dtg , makin kuat smngt ifa nk lawan semua tu . air mata ? x payah ckp la , tiap2 hari duk mnangis and mengadu kt ibu . ifa tgk ibu pon manusia yg tabah dan kuat , ifa pon nak jadi mcm ibu . sebab tu ifa bangkit semula and nak bg kejayaan ni utk ibu and abah . terima kasih la kat org yg penah hina aku dan family , ckp aku itu ini , xpe la . ckp la apa yg korang nak ckp , yg pnting aku bahagia dgn semua usaha aku slme ni . and aku x pernah menyusahkan MUNG ! hahaha . aishhhh.. sbelum g skolah dh dpt msj dri kawan ckp yg aku dpt 5A,cikgu umum nama naik ke pentas . tapi sayang aku lambat smpai ke skolah . hahaha . mse tahu dh dpt brpe trus bg tahu ibu,mse tu ibu duk masak kt dapur . nmpk ibu tersemyum and mata dah berair . and ibu ckp ' ibu ada mimpi 2 3 hari yg lps yg angah boleh 5A,tapi ibu xmo bising2,ibu diam kan dulu cite sal mimpi ibu,xsangka mimpi ibu jadi kenyataan' ! Allah dah bg petunjuk kt ibu yg aku dpt 5A . kuasa Allah kan ? Allahuakbar ! masih pnjg perjuangan aku,bkn smpai di SPM je . kpd adik2 yg nk exam jgk , segala dugaan yg datang jadikan semua tu sbgai kekuatan utk kita lawan semua tu . jgn give up , byk pergi jmpe cikgu , n jgn tinggal solat ! and kata-kata utk diri aku sndiri yg aku xpernah lupa ialah ' BERJUANG HABIS-HABISAN ' . utk kawan-kawan ifa juga tahniah dgn result korang ! korang dah buat terbaik ! ifa doa kan korng murah rezeki dan slmat maju jaye ! goodluck guys ! :)  thanks utk semua orang yg aku sayang yg ada di sisi aku smpai skrg ! thanks alot ! :)


Tuesday, 26 February 2013

RINDU

assalamualaikum...

jangan disangka orang yang sentiasa tersenyum dan ketawa , dia sedang gembira menikmati kehidupannya di dunia . mungkin seseorang itu tersenyum dan ketawa untuk menutup segala kesedihan dan keperitan yang sedang dihadapi dalam kehidupan . mungkin sukar baginya untuk meneruskan sebuah senyuman yg ikhlas seperti orang lain . tapi apakan daya , itulah perkara yg harus ditempuhi dan harus dilakukan untuk menyembunyikan segala kesedihan . Allah takkan datangkan pelangi yang cantik tanpa sebuah ujian . sesungguhnya aku merindui seorang insan yg pernah buat aku ketawa , sentiasa memberikan yg terbaik kepadaku . aku merinduinya Ya Allah . kemana dia menghilang ? aku x pernah lupa saat pertama kali aku berjumpa dgnnya . dia sentiasa ada di sisi aku . ye , dulu aku tidak menyenangi dgn kehadirannya , tetapi slps bbrpe bulan kami mngenali aku cukup menyenangi dgn kehadirannya . semuanya berubah . aku menjadi seorang yg makin periang dan sentiasa tersenyum . aku x pernah lupa hadiah pertama yg dia berikan masa birthday aku . aku x sangka dia ingat birthday aku . kami selalu spend time sesama . tapi aku tahu , walau apa pun pasti dugaan akan datang . bergaduh adalah perkara yg biasa . tetapi itu semua dulu , banyak perkara yg lebih mengejutkan aku dan membuat aku sedih selepas itu . dia dah hilang , aku seperti kehilangan arah tujuan . hilang orang yg telah mnggembirakan aku , menenangkan aku pabila aku sedih . sungguh itu semua mneyakitkan . bukan ini yg aku impikan , dan bukan ini yg aku harapkan . dan aku pasti ini lah ujian Allah kepada aku . ini lah yg aku harus tempuhi . siapa aku nak menolak takdir Allah ? kawan-kawan aku semuanya bagi sokongan kt aku . tapi x mudah aku nak lupakan org yg pernah hadir dlm hari ku dan menceriakan ku . ye , sekrang aku sedang mengumpul kekuatan dan ketabahan untuk diri aku sndiri . aku harap aku berjaya . sekarang aku tengah tnggu result , lagi bbrape minggu result akan keluar , selepas result keluar aku akan menymbung pelajaran . sayu jgk hati ni nk tinggalkan semua orang yg aku sayang . andai aku mnyambung pelajaran ke tempat yg lbih jauh atau luar dri kwsan Terengganu . aku akan bwk semua org yg aku sayang dah letakkan mreka di dalam hati aku . dan aku harap aku dapat ubah diri aku ke arah lebih baik . insyaallah . awak , saya rindukan awak yg pertama kali saya jumpa . awak mana ? saya rindu sangat3 . saya x pernah lupe awak . saya x pernah lupa untuk doakan awak .

-NIN-

Tuesday, 19 February 2013

assalamualaikum..

17 tahun 2 bulan 2 hari aku mengenali dunia . dunia yang penuh dengan onak dan duri . dunia yang penuh dengan ujian . dunia yang menguji diri aku . ye , aku kalah dengan permainan dunia . aku kalah tentang segala-galanya . aku tidak pernah mengetahui apa yg patot aku lakukan di dunia . aku terlalu seronok dengan permainan yang dihidangkan dalam hidupku . akhirnya air mata dan tangisan yang menemani ku . aku bukan ingin kan air mata yang menemani hidupku , cukuplah sebuah senyuman yang ikhlas dan kebahagiaan yang menyeri kan hidupku . aku sudah terlalu penat dengan air mata . dan air mata ku juga sudah tidak mampu mengalir dengan laju . air mata ku mula berfungsi apabila aku dilahirkan oleh seorang ibu , dan itu pertama kali aku menangis selepas keluar melihat dunia . dan aku tidak mahu sepanjang hidupku dilimpahi dengan air mata dan kesakitan . aku sudah banyak tersilap langkah , sudah banyak aku melakukan kesalahan . aku adalah manusia yg naif . aku mempunyai sekeping hati . sekeping hati yang mudah retak . jagalah hati ku ini sebaik mungkin . jangan biarkan aku terus tersakiti dan jauhilah kelukaan yang sangat dalam pada hati ini . aku hanya ingin kan sebuah kejujuran yang sangat tulus . aku tahu , sudah bertahun-tahun aku diuji dengan pelbagai dugaan . setiap hari aku harus memikirkan pelbagai masalah . aku harus memikirkan tentang orang yang aku sayang dan tempat menumpang kasih yang akan hidup antara sakit dan mati . memikirkan tentang soal hati . memikirkan pelbagai cara untuk menyelesaikan . aku harap dengan pelbagai ujian aku mampu memperoleh kebahagiaan suatu hari nanti . tiada seorang yang akan memahami kisah hidupku yang penuh dengan duri , kesakitan dan kesedihan . semua masalah sudah bercampur menjadi 1 . aku perlu menjadi manusia dan seorang anak dan cucu yang kuat . terus meneruskan senyuman walau apa yang terjadi . dan aku akan mengajar hati ini supaya tidak mudah berputus asa dengan setiap dugaan yang datang dalam hari-hari ku . kalau hati ini mampu berbicara , betapa sukarnya aku menanggung kesakitan dan kesedihan yang mencengkam jiwa . tetapi mampukah dia berbicara ? aku hanya mampu memendam . kadang-kadang aku bertanya , kenapa di usia aku begini sudah diuji dengan pelbagai masalah ? aku terlalu muda untuk merasai semua ni . dan yang pasti inilah ketentuan dari Allah untuk diri ku .

jika aku terpilih dengan dugaan dari-mu Ya Allah . aku redha . jika ini yang terbaik untuk hidupku , aku redha . jika ini cara engkau menyedarkan aku , aku redha . jika ini cara aku menjadi seorang insan yang kuat dan tabah , aku redha . aku redha dengan segala ketentuan dari mu Ya Allah .


Monday, 18 February 2013

pahit dan manis . .

sebenarnya ifa tengah tengok sepasang kekasih kat hujung sana . makwe dia punye kain terbang ditiup angin.pewittt . hahaha . nakal tol . ^,^ 





assalamualaikum..

hai ? poyo je kan gambar kat atas tu . wekkk ! hehehe . biar kan budak tu , dia memang suka layan perasaaan sorang-sorang . katenye jiwa kacau . betol ke ? entah la . x tahu , so , jum kita terjah diaaaaa !! hehehe .

semua orang ada pahit dan manis dalam kehidupan kan ? sama jugak dengan ifa . tapi bila ifa fikir balik , kehidupan ifa banyak pahit dari manis nye . ke mana kemanisan itu ? semut curi ke ? hehehe . just kidding . biasa la lumrah hidup kan , mesti ada gembira sedih kecewa and bla bla bla . sekarang ifa nak lawan semua yang ifa rase ni . walau pon pahit ifa tetap kena lawan semua tu kan ? sampai bila ifa nak hidup dalam keadaan yang pahit ni ? insyaallah akan cuba semampu yg boleh ! chaiyok-chaiyokk ! bila tengok orang laen bahagia , ifa pon tercuit sedikit . diorang nampak happy . ifa pon happy , tapi kadang-kadang . ada jugak kan happy kadang-kadang cam tu ? bengong tuk diri sendiri . hehehe . ifa sebenarnye rindu kat someone . rindu rindu dia dia . hehehe . siapakah dia ? tetttttttttttttttttt ! ada dalam hati ifa . dah lame dia duk bersembunyi dalam hati ifa . hahaha .dia la yang banyak and selalu wat ifa happy , ketawa . bukan mudah nak lupakan orang yg dah selalu muncul depan mata and dalam hidup kita . bukan mudah nak buang jauh-jauh . dan semua itu bukan mudaaahhhhh ! walau pon apa yang berlaku , ifa harap dia sentiasa bahagia , tersenyum , murah rezeki , diberikan kesihatan dan diberkati oleh Allah . ini lah pengorbanan ifa untuk dia . ifa terima keputusan dia . dan hormat keputusan dia . dia tua setahun dari ifa . so , yang tua dihormati , yang muda dikasihani . ingat tu ! hahahaha . yes , ifa still ambik berat and ambik tahu sal dia , sebab bertahun-tahun dah ifa selalu ambik berat sal dia . ifa pon x tahu dah nak ubah mcm mne . sebab selalu dh macam ni , susah nak stop . tapi xpela , ifa suke asalkan x sakitkan hati sendiri  . kadang-kadang soal hati sendiri kena fikir jgk , x boleh lepas tangan macam tu kan ? kalau hati sakit semua kerja x menjadi . semua org nk marah , semua bnde nak baling . hehehe . but its ok , dengan semua pahit dan manis ni ifa akan jadikan semua tu sebagai kekuatan dan ketabahan tuk diri ifa sendiri . 

THE END .

Saturday, 9 February 2013

down , kuat

assalamualaikum .

alhamdulillah masih boleh bernafas seperti biasa wlau pon smlm agak susah utk bernafas . bila keluar bilik pagi tadi , ibu and adik2 cakap kami akan pulang ke kampung . tapi masih belum 'PASTI' sebab kita hanya mampu merancang , ALLAH yang menentukan . masih menunggu BIGBOSS (abah) pulang dari kuantan . lau dia kata ok , so plan pulang ke kampung pon 'ON' la . agak berdebar jugak bagaimana la keputusan tu . betul ke tidak . hope keadaan di sana baik2 saja . AMIN . kenapa ifa tulis tajuk kt atas itu 'down,kuat' hehehe..biasa la lumrah kehidupan manusia,kadang2 kita akn rse down dgn sesuatu and kadang2 kita akn rase kuat bile dpt lwn sesuatu tu . ye , ifa pon manusia yg lemah,naif dan selalu melakukan kesilapan . bila kita trigt blik kesilapan yg kita lakukan or bnde yg mnyakitkan hati kita , kita akan rase down sgt2 . btol x ? kdg2 bila otak berserabut pon kita akn down dgn ttiba . smngat pon melayang entah ke mana . mood pon berkecai . tapi bila kite berusaha melawan sesuatu yg negatif kpd positif kita akn berasa kuat dan kita akn rse boleh ! slps ifa bce satu novel tu , ifa dpt satu smngat baru . smngat how to solve my problem . ye ifa seorg yg cpt down . cpt lemah . tapi ifa xtahu skrg npe ifa blh jdi sedikit kuat , walau hanya 'sedikit' . mybe ALLAH dh perkenankan doa and niat ifa . ifa rse seolah olah dh dpt satu kekuatan yg baru .kekuatan yg bru mcm mne ? ha . itu antare ifa ngn ALLAH je la . mmg btol la apa yg org ckp,nk dpt kebahagiaan tu mmg ssh . perlu tmpuh satu-satu dugaan . apa yg pasti,ifa redha ngn takdir ni . ifa x kisah dgn apa yg ifa rase asalkan org yg ifa sayangggggg bahagia . tu je yg ifa nk tgk dari diorg . so , anggap la ,hari-hari permulaan yg baru . slgi x boleh , slgi tu kita cuba . semoga hari2 kita lebih indah dan diberkati oleh-Nya . aminnn :)







Friday, 8 February 2013

ZAMAN PERSEKOLAHAN

assalamualaikum .

selamat petang and  have a nice day . masih menanti apa dan bagaimana keputusan tu . perkataan tu la yg paling ditakuti dan x mahu ia terjadi . tapi nk wt cm ne . redha dan berharap ia baik2 aje . eh,yg ifa tulis tu xde kaitan pon ngan tajuk kt atas,tetiba flashback balik berita buruk yg dpt dgr smlm . adoi . ok,rilex and cool ifa . huh . no moody and smile :)  yeahhhh !! fuhhhhhh ...

seriously,i miss my school . dulu masa zaman sekolah , mls nk pergi skolah la , itu la ini la . bila dh hbis skolah mula la nk rindu kan ? but normal la tu , itu la siptom2 yg dtg kpd ex student after SPM . bila dh hbis skolah ni , mula la teringat satu2 memory yg menggembirakan dan menyedihkan bila kt skola . start tu la duk tersengih n tersenyum sorg2 mcm org x siuman (gila la senang) hehehe.. ifa boleh dikatakan kerap g skola bila dh abis skolah ni,hahaha..rajinnnyeeeeeeeee g skolah ? opsss ? eh , dgr la dulu,bkn sje2 nk g tayang muka kt skola tu..aishh..hehe..yela,biasa kena g amek adik kt skolah,kdg2 cikgu anta msj sruh dtg skola tolong diorg..hmm..bila smpai skolah,air mata nk meleleh je..apasal la sensitif sgt..benci !!! huhuhu..siptom2 pykit rindu dh dtg..nk wt cm ne..mula la ternmpk kt tmpt2 yg slalu lepak dgn kwn2,mcm2 la teringt..ptg2 plak g skola tgk budak2 kt skola maen netball..waaaaaaaa ! lagi la nk meleleh air mata ni..last year pon ifa msuk netball,setiap ptg turun kt padang wt ltihan netball..hmm..time tu la yg pling bessstttttttttttttttt ! syookkkkkk !  mesti lau adik2 yg bace msti kata apa ntah duk rindu2 skolah . ntah pape . hahaha.. eh2 , korang x rase lg , bila dh ada kt situasi ifa baru ase cm ne perit n rindu nye skola ni . yela , mase form 5 , tiap2 hari cakap 'lambat weh abis skola,bosan dh tgk muka budak2 ni,bosan dh balik lmbat2,bosan dh dgn homework,bosan bosan bosan' .  hari terkahir exam SPM , esokkannye dh sebak rindu kt skola . bila dh habis skolah ni la rase nk g skola balik . nk duk lm kelas balik,rindu kwn2,rindu cikgu2 yg kuat membebel . sumpah rindu semua tu .  

xpe la , kpd adik2 yg masih skolah , guna la peluang yg ada sebaik mungkin,cipta la memori yg indah sebnyak yg mungkin . bestt sebenarnye zaman skolah ni . and zaman skolah la yg pling x dpt dilupakan , and now,ifa tgh tngguu result . adoyai cm ne la result ifa tu . wish me luck k ? hope result ifa bagus kali ni . aminnn . erm,ifa dh dpt tawaran belajar , tapi abg ifa dh warning awal2,klau yg dpt twaran melalui tlefon xpyh la,x ok kut . and ifa pon rse cm tu jgk,better tnggu result SPM je la . mne thu rezeki lebih meluaskan ? hope kwn2 ifa pon dpt result yg gempak2 . amin . ok la . tu je . mngisi kekosongan petang2 cm ni dgn ber blog . lg pon lme dh x ber blog kn . last year busy ngn SPM , skrg free smntre tnggu result blh la ber blog,t dh smbung blajar busy balik kn ? huhuhu.  ok la . assalamualaikum . :)

Thursday, 7 February 2013

wasilah cinta weera

assalamualaikum..

sihat ? hope korang sihat la ye . erm,byk bnde nk cite , tapi ifa lebih suke pendam . pendam pendam smpai melarat kn diri ifa . hanya sesetengah org je yg ifa akan bercerita . teruk kn ? tp nk wt cm ne . itu la . kali ni ifa nk cite psal satu novel yg tol2 wat ifa tersentuh . mungkin kite jrang jmpe novel cm ni and jln crite mcm kisah novel ni . tajuk novel ni ifa dh tulis kt tajuk di 'ATAS' tu ye . hehehe . novel tu bkn yg ifa punye,tapi yg kwn ifa punye,punye la teruk prangai ifa ni,novel tu ifa pnjm tahun lps before exam SPM . dh tahu thun lps sibuk dgn exam,msih nk cuci otak dgn NOVEL ! teruk nye and sumpah xde mase lgsung nk bce novel tu,hasilnye,novel tu ifa biarkan and 6/2/2013 baru hbis bce novel tu..sori la ye kpd kwan ifa sbb x pulang2kn novel tu lg..teruknye aku sbgai kwn..huhuhu..xpe,nanti ifa explain kt kwn ifa tu..kihkih..

sblum ni novel2 yg biasa ifa bce mcm biasa la,dgn cinta , cinta , and cinta . berkhwin sbb kluarga,pilihan sndri la,and mcm2 la . tapi novel WASILAH CINTA WEERA pon cbb cinta jgk . tapi cinta tu lebih mndalam . mndalam mcm mne ? mndalam kerana ALLAH SWT . bkn ifa nk mmperlekehkan novel2 yg laen,novel2 yg laen mmg byk jgk berkaitan dgn ALLAH . tapi novel ni mmbuatkan ifa lbih fhm dgn erti cinta yg sbnrnya..mncintai seseorg itu kerana ALLAH . mencintai saudara sesama ISLAM kerana ALLAH . semua berkaitan dlm kehidupannye berkaitan dgn ALLAH . yg menarik minat ifa and menyentuhkan hati ifa sndri,novel ni byk mnceritakn kisah cara kehidupan NABI dan para sahabatnye . sentiasa diselitkan dgn hadis dan sabda RASULULLAH . spnjg ifa bce kisah novel ni,dugaan yg ditimpa slalu dtg kpd dirinya dan isteri . apabila kebahagiaan mndatg,dugaan sering menimpa . yg ifa respect is they were never give up . ALLAHUAKBAR . diorg xpnh mngeluh , and makin byk dugaan mndtang,makin kuat mereka bersama dgn ALLAH . and the moral values from the novel is kita perlu sentiasa berfikiran positif , bersangka baik . itu yg pnting . and novel ni jgk mngajar kita berhati2 dgn seseorg yg blh mnhancurkan khidupan kita sndri . biasa la manusia ada yg suka berhasad dengki n berdendam dgn kita tnpe sbb . ya Allah,jauhilah aku,keluarga,sahabat2 ku dan saudara sesama islam sndri drpd perkara trsebut . AMIN ! bila ifa bce,ifa rse seolah2 ifa berada di dalam situasi dlm novel trsebut . and pling pnting , mencintai seseorg itu haruslah mencintai ALLAH yg pling tinggi .

  ya ALLAH , aku adalah manusia yg naif dan sering melakukan kesilapan,Engkau bantu lah aku supaya dapat mencintai mu lebih tinggi dari mencintai cinta manusia . dan aku pasti mencintai cinta mu lebih membahagiakan . dan novel ni menyedarkan ifa tntang erti cinta yg sebenar . assalamualaikum .