cik Iffa Bercerita

cik Iffa Bercerita =,=

Tuesday 19 February 2013

assalamualaikum..

17 tahun 2 bulan 2 hari aku mengenali dunia . dunia yang penuh dengan onak dan duri . dunia yang penuh dengan ujian . dunia yang menguji diri aku . ye , aku kalah dengan permainan dunia . aku kalah tentang segala-galanya . aku tidak pernah mengetahui apa yg patot aku lakukan di dunia . aku terlalu seronok dengan permainan yang dihidangkan dalam hidupku . akhirnya air mata dan tangisan yang menemani ku . aku bukan ingin kan air mata yang menemani hidupku , cukuplah sebuah senyuman yang ikhlas dan kebahagiaan yang menyeri kan hidupku . aku sudah terlalu penat dengan air mata . dan air mata ku juga sudah tidak mampu mengalir dengan laju . air mata ku mula berfungsi apabila aku dilahirkan oleh seorang ibu , dan itu pertama kali aku menangis selepas keluar melihat dunia . dan aku tidak mahu sepanjang hidupku dilimpahi dengan air mata dan kesakitan . aku sudah banyak tersilap langkah , sudah banyak aku melakukan kesalahan . aku adalah manusia yg naif . aku mempunyai sekeping hati . sekeping hati yang mudah retak . jagalah hati ku ini sebaik mungkin . jangan biarkan aku terus tersakiti dan jauhilah kelukaan yang sangat dalam pada hati ini . aku hanya ingin kan sebuah kejujuran yang sangat tulus . aku tahu , sudah bertahun-tahun aku diuji dengan pelbagai dugaan . setiap hari aku harus memikirkan pelbagai masalah . aku harus memikirkan tentang orang yang aku sayang dan tempat menumpang kasih yang akan hidup antara sakit dan mati . memikirkan tentang soal hati . memikirkan pelbagai cara untuk menyelesaikan . aku harap dengan pelbagai ujian aku mampu memperoleh kebahagiaan suatu hari nanti . tiada seorang yang akan memahami kisah hidupku yang penuh dengan duri , kesakitan dan kesedihan . semua masalah sudah bercampur menjadi 1 . aku perlu menjadi manusia dan seorang anak dan cucu yang kuat . terus meneruskan senyuman walau apa yang terjadi . dan aku akan mengajar hati ini supaya tidak mudah berputus asa dengan setiap dugaan yang datang dalam hari-hari ku . kalau hati ini mampu berbicara , betapa sukarnya aku menanggung kesakitan dan kesedihan yang mencengkam jiwa . tetapi mampukah dia berbicara ? aku hanya mampu memendam . kadang-kadang aku bertanya , kenapa di usia aku begini sudah diuji dengan pelbagai masalah ? aku terlalu muda untuk merasai semua ni . dan yang pasti inilah ketentuan dari Allah untuk diri ku .

jika aku terpilih dengan dugaan dari-mu Ya Allah . aku redha . jika ini yang terbaik untuk hidupku , aku redha . jika ini cara engkau menyedarkan aku , aku redha . jika ini cara aku menjadi seorang insan yang kuat dan tabah , aku redha . aku redha dengan segala ketentuan dari mu Ya Allah .


No comments:

Post a Comment